Review K-Movie Zombie on Sale (2019)

22:03

 Bismillah.

 

Assalamualaikum,

 

Korang tengah cari cerita nak layan masa free? Nak tengok drama, tapi drama banyak sangat episode? Nak layan movie, tapi tak tahu pulak cerita apa yang best. Kalau nak layan movie pulak, tak nak la movie yang berat-berat sangat. Nak yang santai-santai je? Apa kata korang semua layan satu movie ni. Bagi aku movie ni best layan ramai-ramai. Seronok layan bersama family, kawan-kawan dan sape-sape je la. Hahaha.

 


The Odd Family: Zombie On Sale

 

Link : KissAsian, Dramacool

 

Cerita ni mengisahkan tentang sebuah keluarga kat satu kawasan luar bandar di Korea. Keluarga ni terdiri daripada seorang pak cik, Man Deok, yang ada anak tiga orang. Anak pertama pakcik ni Joon Geol. Dia dah berkahwin dan isterinya, Nam Joo tengah sarat mengandung. Min Geol, anak kedua, satu-satunya anak pak cik Man Deok yang jadi graduan Universiti dan anak bongsunya, Hae Geol.

    Cerita ni bermula bila seorang lelaki(JJombie) tak dikenali tiba-tiba muncul di kampung mereka. Keadaan lelaki ni memang amat tak terurus. Nampak macam orang tak siuman. Pastu, si JJombie ni, tak tahu la macam mana tiba-tiba boleh tersasar sampai ke rumah pak cik Man Deok ni. Haa, lepas tu bermula la kisah suka duka mereka sehinggakan habis berantakan satu kampung. Haa! Nak tahu ape jadi? Kena la layan dulu, keh? Korang boleh klik je link kat atas tu, ok.

    Kalau korang memang cari cerita seram komedi. Jadi, korang boleh masukkan cerita ni dalam list korang. Sebelum aku mula layan, aku ada terbaca review tentang cerita ni. Tak dinafikan, bagi sesetengah orang, cerita ni memang gagal sebagai cerita seram. Dan, sememangnya cerita ni lebih menjurus kepada cerita yang bergenre komedi. Tapi tak kisah la, disebabkan aku memang seorang peminat tegar cerita komedi, jadi aku cekalkan hati, untuk tengok. Dan, pada pandangan aku cerita ni lulus untuk buat aku gelak terbahak-bahak!(mungkin aku ni jenis mudah terhibur kot) Walaupun cerita ni banyak komedi, ada juga scene yang terselit tentang elemen kekeluargaan dan love line antara JJombie dan Hae Geol. Bagi aku cerita ni tak ada la boring dan tak juga lambat. Sedang-sedang, mungkin.


    Jalan cerita dia memang lain sikit daripada cerita zombie yang selalu aku layan. Selalunya, start dengan ada penyakit - penyakit merebak - zombie dimana-mana - ada satu geng nak selamatkan diri - fight-fight-fight - ada orang datang selamat - The End.(Aku cakap “selalunya”, tak semua tau)

    Disebabkan cerita ni genre utama dia komedi. Jadi, tak pelik la bila banyak juga part yang tak logik keluar. Zombie makan kobis. Zombie takut anjing. Zombie boleh hidup dengan manusia. Seakan-akan cerita Warm Body pun ada juga. Aku tak ada la expect cerita ni seram gila-gila.

(SPOILER ALERT) Sebenarnya, ada juga part yang aku agak blur. Terutamanya, part yang JJombie ni start keluar. Apa punca? Yang tahu je tahu. Aku yang tengok ni pun, tak dapat nak relate, macam mana zombie ni boleh tiba-tiba muncul. Cuma, part awal cerita je dia ada sebut tentang kesan sampingan ubat diebetic (Projek Human In Bio). Pastu, diorang ada buat clinical test pada student. Aku agak, zombie yang keluar pada awal cerita tu mungkin tikus makmal. Kot.


    Pada bahagian akhir cerita ni, aku agak kurang setuju, cara zombie tu boleh sembuh jadi manusia balik. Scientifically, rejected! Tapi, aku nak cakap satu je, sape peduli. Yang penting aku terhibur. Kah.

    So, tu je. Bagi aku, kalau korang nak relax-lepak chill, korang boleh la go on dengan cerita ni. Banyak tak logik dari logik. Tapi, itulah yang buat cerita ni jadi lain dari yang lain. Lagi sekali, aku terhibur.

    Yang dah tengok ke, belum tengok ke, nanti nak tengok ke, cuba komen sikit. <3 Aku tak reti nak review secara mendalam. Aku review cerita 100% berdasarkan pandangan aku sebagai viewer. Kasut yang pakai kat kaki pun korang pilih. Apatah lagi cerita yang melokek kek hati kan? Penerimaan orang lain-lain. Jadi, jangan marah ea kalau den review cerita ni tak exceed expectation korang. Okay? Hehe. Sampai ketemu dilain post.


Salam Sayang.

NurrA.

You Might Also Like

6 Si Kici

  1. dari haritu nak tgk movie ni. tapi masih belum tengok XD. Mmg best sebab movie ni genre komediii. tambah2 lagi kim nam gil blakon hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa layan layan. Memang best. Recommended sangat! Betul tu, selalunya kalau kim nam gil berlakon, movie tu memang best XD

      Delete
  2. movie ni serious best! dua kali anis tengok still gelak terbahak-bahak 😂 geramm je tgk zombie ni hensem teruk T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.. haah kan.. awal2 tu pun dah lawak XD Yang tu tak leh nak nafi la.. mmg hensem la jugak XD

      Delete
  3. good sharing,saya pulak tengah layan citer More Than Friends,skang dekat episod 8 hehehw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah ada juga perasan cite tu. Macam best juga, tapi tak sempat lagi nak layan drama. In shaa allah ada masa, kasi pecut hahaha

      Delete

Kindly drop your words here :)
Please do not SPAM and be kind.
May Allah Bless you always :)

Dimension Hand