#2 New Semester, New Normal.

08:49

 Bismillah,


Assalamualaikum,


Ni, gambar lama mengusik kenangan.

Semester baru dah start kan? Dua tiga hari lepas, aku baru settle daftar dan add drop subjek. Renyah tu tak yah cerita la. Sakit kepala la jugak. Hahaha. 


Kat U aku, pendaftaran semester selalunya dalam sistem online. So, memang tak ada masalah pasal tu. Yang jadi masalah dia kat add drop subjek. Add drop pun selalunya, online je. Kadang-kadang tu bila ada kelas penuh ke, jadual kelas bertindih ke, masa tu la nak kena pegi pejabat atau jumpa lecturer untuk settle secara face-to-face. Aku tak tahu la U lain macam mana. Hehe.


Overall, aku takde masalah pun pasal belajar online ape semua tu. Sebab kalau ikutkan coverage rumah aku ni, tahap okay. Tak laju, tak lambat sangat. Kalau ada masalah pun, sakit otak la kot. Haha. Final Exam tak ada kan. So confirm-confirm la lecturer bagi kerja yang sama padan dengan Final Exam.(Aku tak salahkan lecturer ya)  Semester lepas aku dah rasa dah sikit banyak. Sakit la juga. Memang kena rajin. Tapi Alhamdulillah, setakat ni boleh follow lagi.


Sem lepas, aku ada classmate yang duduk kat area luar bandar. Susah jugak la, sebab kalau ikutkan kelas memang guna sistem online je. Nak kena guna Zoom la, GoogleMeet la. Submit assignment. Upload video. Tak Final, Assignment macam gunung la citer dia.(Aku tak salahkan lecturer ya) Nak tak nak, bila dia nak buat kerja dia kena g CC. Tiap-tiap waktu kelas. 


Hmm. (Kalau jadi kat aku, tak tahu la gayanya.) Memang hati kena kental la citer dia ni. Aku tak tahu apa yang Fakulti kitorang usahakan untuk students yang dalam situasi macam ni. Mungkin mereka benarkan student balik U, ataupun bagi lecture note offline, ataupun bagi kerja lain menggantikan kerja yang memerlukan upload video. Wallahua'lam. Hanya mereka yang tertentu sahaja yang tahu.(Aku tak salahkan lecturer ya)


Dalam dua minggu ni, kes baharu meningkat mendadak kan? Seram juga dengar angka-angka kes baharu sekarang. Walau kat mana pun korang, aku harap korang jaga diri masing-masing. Sebab kita tak tahu dan tak nampak. Kita sama-sama cegah, sehingga semuanya pulih seperti sediakala. Semoga korang sentiasa dalam lindungan Allah :)


Salam Sayang,

NurrA.


You Might Also Like

9 Si Kici

  1. Sama2 la kita bertabah ya...saya pon belajar o9..uhuks.. (Tak salahkan lecturer ya) XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuhla kita bertabah bersama Hahaha (Tak salahkan lecturer)<- yang ni setuju

      Delete
  2. rindu suasana kuliah 😔 sama lah kita belajar online dah lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Bila ingat balik rindu tu la. Lain sangat belajar online dengan face-to-face. Kita sama-sama doa semua ni akan kembali pulih ya @ayu.ju

      Delete
  3. stay safe and take care yaa

    ReplyDelete
  4. Semoga ada hikmahnya ;) btw, sama lah kita belajar on9 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin. In shaa allah, ada hikmahnya :) Maka, berhuhulah kita bersama-sama

      Delete
  5. Thanks for sharing such useful information. I really appreciate your post. These websites are really needed, you can learn a lot https://kissasianengsub.com

    ReplyDelete

Kindly drop your words here :)
Please do not SPAM and be kind.
May Allah Bless you always :)

Dimension Hand