Bismillah.
Assalamualaikum,
Hari ni aku nak join satu segmen dari Jari Jemari Blog :) Kalau korang nak join juga, boleh klik pada banner kat bawah ni tau :)
Salam Sayang,
NurrA.
Bismillah.
Assalamualaikum,
Hari ni aku nak join satu segmen dari Jari Jemari Blog :) Kalau korang nak join juga, boleh klik pada banner kat bawah ni tau :)
Bismillah.
Assalamualaikum,
Korang tengah cari cerita nak layan masa free? Nak tengok drama, tapi drama banyak sangat episode? Nak layan movie, tapi tak tahu pulak cerita apa yang best. Kalau nak layan movie pulak, tak nak la movie yang berat-berat sangat. Nak yang santai-santai je? Apa kata korang semua layan satu movie ni. Bagi aku movie ni best layan ramai-ramai. Seronok layan bersama family, kawan-kawan dan sape-sape je la. Hahaha.
The Odd Family: Zombie On Sale
Cerita ni mengisahkan tentang sebuah keluarga kat satu kawasan luar bandar di Korea. Keluarga ni terdiri daripada seorang pak cik, Man Deok, yang ada anak tiga orang. Anak pertama pakcik ni Joon Geol. Dia dah berkahwin dan isterinya, Nam Joo tengah sarat mengandung. Min Geol, anak kedua, satu-satunya anak pak cik Man Deok yang jadi graduan Universiti dan anak bongsunya, Hae Geol.
Cerita ni bermula bila seorang lelaki(JJombie) tak dikenali tiba-tiba muncul di kampung mereka. Keadaan lelaki ni memang amat tak terurus. Nampak macam orang tak siuman. Pastu, si JJombie ni, tak tahu la macam mana tiba-tiba boleh tersasar sampai ke rumah pak cik Man Deok ni. Haa, lepas tu bermula la kisah suka duka mereka sehinggakan habis berantakan satu kampung. Haa! Nak tahu ape jadi? Kena la layan dulu, keh? Korang boleh klik je link kat atas tu, ok.
Kalau korang memang cari cerita seram komedi. Jadi, korang boleh masukkan cerita ni dalam list korang. Sebelum aku mula layan, aku ada terbaca review tentang cerita ni. Tak dinafikan, bagi sesetengah orang, cerita ni memang gagal sebagai cerita seram. Dan, sememangnya cerita ni lebih menjurus kepada cerita yang bergenre komedi. Tapi tak kisah la, disebabkan aku memang seorang peminat tegar cerita komedi, jadi aku cekalkan hati, untuk tengok. Dan, pada pandangan aku cerita ni lulus untuk buat aku gelak terbahak-bahak!(mungkin aku ni jenis mudah terhibur kot) Walaupun cerita ni banyak komedi, ada juga scene yang terselit tentang elemen kekeluargaan dan love line antara JJombie dan Hae Geol. Bagi aku cerita ni tak ada la boring dan tak juga lambat. Sedang-sedang, mungkin.
Jalan cerita dia memang lain sikit daripada cerita zombie yang selalu aku layan. Selalunya, start dengan ada penyakit - penyakit merebak - zombie dimana-mana - ada satu geng nak selamatkan diri - fight-fight-fight - ada orang datang selamat - The End.(Aku cakap “selalunya”, tak semua tau)
Disebabkan cerita ni genre utama dia komedi. Jadi, tak pelik la bila banyak juga part yang tak logik keluar. Zombie makan kobis. Zombie takut anjing. Zombie boleh hidup dengan manusia. Seakan-akan cerita Warm Body pun ada juga. Aku tak ada la expect cerita ni seram gila-gila.
(SPOILER ALERT) Sebenarnya, ada juga part yang aku agak blur. Terutamanya, part yang JJombie ni start keluar. Apa punca? Yang tahu je tahu. Aku yang tengok ni pun, tak dapat nak relate, macam mana zombie ni boleh tiba-tiba muncul. Cuma, part awal cerita je dia ada sebut tentang kesan sampingan ubat diebetic (Projek Human In Bio). Pastu, diorang ada buat clinical test pada student. Aku agak, zombie yang keluar pada awal cerita tu mungkin tikus makmal. Kot.
Pada bahagian akhir cerita ni, aku agak kurang setuju, cara zombie tu boleh sembuh jadi manusia balik. Scientifically, rejected! Tapi, aku nak cakap satu je, sape peduli. Yang penting aku terhibur. Kah.
So, tu je. Bagi aku, kalau korang nak relax-lepak chill, korang boleh la go on dengan cerita ni. Banyak tak logik dari logik. Tapi, itulah yang buat cerita ni jadi lain dari yang lain. Lagi sekali, aku terhibur.
Yang dah tengok ke, belum tengok ke, nanti nak tengok ke, cuba komen sikit. <3 Aku tak reti nak review secara mendalam. Aku review cerita 100% berdasarkan pandangan aku sebagai viewer. Kasut yang pakai kat kaki pun korang pilih. Apatah lagi cerita yang melokek kek hati kan? Penerimaan orang lain-lain. Jadi, jangan marah ea kalau den review cerita ni tak exceed expectation korang. Okay? Hehe. Sampai ketemu dilain post.
Salam Sayang.
NurrA.
Bismillah.
Assalamualaikum,
Hari aku nak share tutorial cara nak download font dalam desktop/pc. Cara dia simple je. Korang jangan stress-stress okay? Follow step by step.
1. Okay first of all, korang buka browser dan taip dafont.com. Korang boleh godek-godek dulu cari mana font yang berkenan kek hati.
2. Bila dah jumpa font yang korang nak tu, klik je kat button Download. Nanti dia keluar macam ni.
3. Korang klik kat anak panah tu. Pastu, klik Show in folder
4. Nanti dia akan keluar folder nama font yang korang nak tu. Pastu, right klik Extract all..
5. Klik Extract
6. Dia akan keluar macam kat bawah ni. Next, klik je kat document .ttf tu tau.
7. Dia akan jadi macam ni, pastu korang klik Install. Nanti dia akan automatik install font tu kat desktop korang.
8. Dah siap~
So, macam mana? Simple je kan. Font ni nanti korang boleh guna pakai dalam MicrosoftWord dan PowerPoint, ataupun dalam Adobe Photoshop pun boleh. Tapi, aku nak ingatkan satu hal. Font yang korang download tu valid/boleh pakai dalam pc yang korang dah install font tu sahaja tau. Maksudnya, contoh la, korang nak present slide pakai Powerpoint tapi kat laptop orang lain. So, dalam laptop orang lain tu pun korang kena install font yang korang nak pakai tu. Kalau tak memang pc tak kan detect Font yang korang guna tu.
Paham tak? Kalau tak paham ke, ada soalan ke, musykil sikit-sikit ke. Boleh je komen murni-murni kat bawah. Aku tak makan orang pun.(Ok, gurau je) Aku pun tak ada reti sangat, banyaknya belajar dari tutorial dalam Google. Kalau korang ada nak share apa-apa pun boleh :) Sangatlah dialu-alukan.
Salam Sayang,
NurrA
Bismillah,
Assalamualaikum,
Ni, gambar lama mengusik kenangan. |
Semester baru dah start kan? Dua tiga hari lepas, aku baru settle daftar dan add drop subjek. Renyah tu tak yah cerita la. Sakit kepala la jugak. Hahaha.
Kat U aku, pendaftaran semester selalunya dalam sistem online. So, memang tak ada masalah pasal tu. Yang jadi masalah dia kat add drop subjek. Add drop pun selalunya, online je. Kadang-kadang tu bila ada kelas penuh ke, jadual kelas bertindih ke, masa tu la nak kena pegi pejabat atau jumpa lecturer untuk settle secara face-to-face. Aku tak tahu la U lain macam mana. Hehe.
Overall, aku takde masalah pun pasal belajar online ape semua tu. Sebab kalau ikutkan coverage rumah aku ni, tahap okay. Tak laju, tak lambat sangat. Kalau ada masalah pun, sakit otak la kot. Haha. Final Exam tak ada kan. So confirm-confirm la lecturer bagi kerja yang sama padan dengan Final Exam.(Aku tak salahkan lecturer ya) Semester lepas aku dah rasa dah sikit banyak. Sakit la juga. Memang kena rajin. Tapi Alhamdulillah, setakat ni boleh follow lagi.
Sem lepas, aku ada classmate yang duduk kat area luar bandar. Susah jugak la, sebab kalau ikutkan kelas memang guna sistem online je. Nak kena guna Zoom la, GoogleMeet la. Submit assignment. Upload video. Tak Final, Assignment macam gunung la citer dia.(Aku tak salahkan lecturer ya) Nak tak nak, bila dia nak buat kerja dia kena g CC. Tiap-tiap waktu kelas.
Hmm. (Kalau jadi kat aku, tak tahu la gayanya.) Memang hati kena kental la citer dia ni. Aku tak tahu apa yang Fakulti kitorang usahakan untuk students yang dalam situasi macam ni. Mungkin mereka benarkan student balik U, ataupun bagi lecture note offline, ataupun bagi kerja lain menggantikan kerja yang memerlukan upload video. Wallahua'lam. Hanya mereka yang tertentu sahaja yang tahu.(Aku tak salahkan lecturer ya)
Dalam dua minggu ni, kes baharu meningkat mendadak kan? Seram juga dengar angka-angka kes baharu sekarang. Walau kat mana pun korang, aku harap korang jaga diri masing-masing. Sebab kita tak tahu dan tak nampak. Kita sama-sama cegah, sehingga semuanya pulih seperti sediakala. Semoga korang sentiasa dalam lindungan Allah :)
Salam Sayang,
NurrA.
Bismillah,
Assalamualaikum.
Korang layan tak drama korea? Kalau ya kita geng! Tapi, kalau tak, aku nak rekemenkan satu drama ni. Actually, drama ni agak tenggelam sikit sebab masa diorang release tu, drama top yang lain pun release jugak. So, kalau tengok rating kat google tu, nampak tak tinggi sangat. Tapi! Tapi! Tapi! Aku rekemenkan korang mesti tengok drama ni. Bagi yang sukakan suspen, thrill, mystery dan crime genre, drama ni memang perfect.
Memorist.
Dah layan belum? Kalau belum aku nak spoilkan sikit citer pasal drama ni. Muahahaha.
Drama ni tentang Dong Baek(Yoo Seung Ho), yang mana dia ni ada kuasa, kununnya bila dia bersentuhan dengan orang lain, dia boleh baca memori diorang. So, kalau ikutkan, aku pun tak nak duk dekat dengan dia ni(Kalau watak ni betul-betul wujud la kan haha).
Nak dijadikan cerita Si Dong Baek punya kuasa ni, sampai satu Korea Selatan dan NIS pun tau. So, dia ni kira memang aset negara la. Dia punya cita-cita pulak nak jadi polis, pastu dia ni pun hensem yakmat. Jadi mamang ngam sangat la kan. Dia pun diserap masuk la dalam polis pastu siap dapat gelaran SUPERSTAR DETEKTIF lagi, sebab dia banyak selesaikan kes yang polis biasa tak dapat selesaikan. Tapi satu je dia ni, dia punya baran tu tak leh bawak bincang. So, kat sini la jadi permulaan satu demi satu masalah. Haa, baran kat apa? Masalah apa? Aku tak nak cerita. Korang kena layan baru tau okay.
So, dalam cerita ni banyak lagi watak yang ada. Antaranya, Han Sun Mi(Lee Se Yeong), superintendent perempuan, yang paling muda dalam sejarah korea(aku over, sorry), pak cik ketua detektif(Ko Chang Seok), pastu Jr detektif(Yoon Ji On), and so on.
Klimaks cerita ni bilamana Dong Baek and the gang ni start menyiasat tentang kehilangan seorang gadis. Kat sini la, sikit sikit dia dapat bongkar tentang pembunuhan bersiri. FYI, pembunuh bersiri tu pun ada kuasa boboiboy jugak. Nak tahu kuasa apa? Layan la dulu citer ni. Hehe.
Mula-mula aku ingat bila diorang dapat selesaikan satu kes tu, kiranya nanti episod seterusnya keluar cerita pasal kes lain pula kan. Rupanya tak. Tekaan salah! Kes yang dia siasat tu rupanya berangkai. Haa amik kau. High Order Thinking betul cerita ni. Sampai satu tahap tu, aku dah tak boleh relate episod awal dengan yang seterusnya. Tapi pada episod akhir cerita ni, korang akan jadi macam, *wahh, sudah terang lagi bersuluh, satu-satu korang akan faham nanti. Yang penting! Korang jangan la sesekali skip, kalau tak nak jadi blur macam aku. Hahahhaha.
So, ape yang menarik cerita ni? First, dia punya jalan cerita tu agak fresh. Lain dari yang lain. Selalunya kalau kita sebut K-Drama, dalam kepala mesti bayang cringy, romantik kan. Yedak? Aku tak tau la korang. Tapi aku memang gitu Hahaha. Ape aku nak cakap kat sini, penulis cerita ni memang bijak sebab dia boleh olah jalan cerita sampaikan aku yang tengok ni pun jadi kepikiran gitu. Tak pasal-pasal malam-malam buta, asah skill menyelesaikan masalah. Haha. Aku boleh cakap, setiap episod, korang tak rasa bosan.
Second, drama ni akan buat korang rasa, yang korang ni Dong Baek. Kenapa aku cakap gitu? Yela, tiap kali episod habis rasa macam "Yes, aku dapat teka sape pembunuhnya! Yes!". Sekali, masuk episod lain, keluar karakter lain pulak. Haa, rasain loh. Tapi, serius tak tipu. Bagi aku, cerita ni worth watching.
So, mana yang tengah usha drama action, thrill, mystery, crime and suspen sikit-sikit. Boleh la try layan drama ni. Recommended! So, tu je honest review dari aku yang baru nak berkecimpung dalam bidang mereview drama ni. Sebarang komen, kritikan membina amatlah dialu-alukankan. Jangan maki je, please. Haha. (Tak ah gurau je)
Salam Sayang,
NurrA
Bismillah,
Assalamualaikum.
Tutorial for beginner blogger! Okay hari ni aku rajin sikit nak kongsikan tutorial yang mudah untuk korang semua. Tutorial ni sesuai untuk sape-sape yang rasa nak pasang cursor kawaii and lawa dalam blog dia. So, kalau nak, ikut saja langkah kat bawah ni, okay :)
"Ada orang kisah ke?"